Seorang sahabat Nabi s.a.w
bernama Anas b. Malik telah
meriwayatkan satu hadis Nabi
s.a.w yang menceritakan
mengenai pertanyaan-pertanyaan
iblis kepada Allah s.w.t tentang
banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah
s.w.t: “Ya Tuhanku! Engkau
telah memberikan kepada anak
Adam itu tempat tinggal, iaitu
rumah untuk berzikir
kepadaMu.Tunjukkanlah
kepadaku tempat
kediamanku.”Firman Allah s.w.t
yang bermaksud: “Wahai iblis!
tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). “

2. Iblis berkata: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka
berkumpul (masjid, surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan
(pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk
mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan
manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata
benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu
adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)”

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam
untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku
untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, azan untukmu
ialah seruling.”

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul)
kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang
lebih kurang sama dengannya.”

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran) kepada anak
Adam. Apakah tulisan bagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, tulisanmu
adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan
yang lebih kurang sama dengannya)

8. Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkapperangkap. Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “wahai iblis,
perangkap untukmu ialah wanita-wanita “

9. Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam
(yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam,
apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, minuman
untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah