"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhlukmakhluk
yang bergerak di bumi melainkan Allah
jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua
itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata
(kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah
Hud:6




















Keterangan ayat:

Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang
sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah
merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan
makanan daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau
mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan
tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada
Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua
orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati
makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka
meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang
memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W
menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut
akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad
S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan
buat makhluk-Nya.
(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan
harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu
juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak
berguna. Wallahualam.
Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan
Mohamed



sumber: www.iluvislam.com