Kadang-kadang kita tak perlu beli antivirus yang mahal-mahal pun kalau nak buang virus. Anda boleh buang virus dengan menggunakan command prompt (cmd). Microsoft command prompt (cmd) "attrib" sangat berkesan untuk mengesan dan membuang virus dalam pc anda. Anda akan mengetahui sekiranya ada "Malware" dalam pc anda dengan hanya melihat "attributes" pada setiap fail yang mengandungi "attributes" +s +h +r 



1.First step, saya akan ajar cara nak ke command promp (cmd) taip "cmd" pada kotak "search" > tekan ENTER...maka keluar lah tetingkap command prompt


2. Taip cd\ pada command prompt tersebut, kemudian taip perkataan attrib dan tekan kekunci Enter.Selepas taip attrib kenal pasti fail yang dijangkiti virus.


+s - bermaksud sistem fail (anda tidak boleh "delete" fail ini, kecuali guna cmd)
+h - bermaksud "hidden" (tak boleh "delete"t)
+r - bermaksud "read-only" fail ( bermaksud tidak boleh delete kecuali guna cmd)


3.Sekarang, kita  set semua attribute jadi -s  -h  -r  supaya boleh buang virus tersebut. Bagaimana caranyaa??
cth malware: autorun.inf (sekiranya virus ini tersenarai setelah anda taip attrib pada command prompt tadi.....


4.Taip attrib -s -h -r autorun.inf ( pastikan taip semua sekali -s -h -r sebab kita tak boleh ubah setting kalau tak masukkan semua attributes)

5.Taip attrib sekali lagi dan cek samaada ada perubahan atau tidak .Jika autorun.inf fail dah tiada attributes, anda dah boleh buang dengan taip del autorun.inf


p/s: Cara yang sama anda lakukan pada malware yang lain. Hanya tukar nama saja.
ok tu jer...good luck