PENGENALAN – AKUPUNKTUR DALAM SEJARAH

Akupunktur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba.
Teknik penggunaan haba dikenali sebagai “Moxibustion” dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil “Electrostimulation“. Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang.

Kaedah ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Namun penghormatan telah diberikan oleh kebanyakan ahli-ahli perubatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diguna atau diamalkan oleh rakyat China sejak 4000 tahun yang lampau sehingga hari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa yang pertama di dunia ini mencatat sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi’

Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu buluh dan lain-lain sebagai asas rawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan. Di zaman moden ini. Alat-alat tersebut telah digantikan dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile yang diperbuat dari berbagai logam seperti Jarum Perak, Tembaga dan Emas.

Di antara ketiga jarum tersebut, jarum emaslah yang paling banyak sekali mengeluarkan tenaga Qi (chi) iaitu 100 kali ganda kekuatannya dari Jarum Perak.

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

ADAKAH IANYA MELIBATKAN PENGGUNAAN DADAH ?

Akupunktur adalah sama seperti rawatan menggunakan herba dan kaedah ini adalah bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Rawatan ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu akupunturis jika mengambil sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa rawatan akupunktur dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ianya haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada akupunturis anda. Akupunktur kebiasaannya digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya. Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan. Ia digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekaligus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘Chemotherapy’.

ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN ?

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur di mana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Kalaupun sakit, ianya bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja. Jarum tersebut diletakkan di bahagian lapisan kulit sahaja di antara 0.5cm hingga 1cm atau 1 cun hingga 2 cun. Akupunktur adalah sangat berkesan di kawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk, pengawal kesakitan dan pengurang tekanan.

PERBEZAAN ANTARA AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit, mengenalpasti Pathogen (a foreign agent that may result in clinical infection and disease if not eliminated by immune system) dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman, bakteria, ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam saluran darah. Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China, akupunktur digunakan untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi, darah, kahak dan cairan badan. Bagi doktor perubatan barat pula, pesakit akan diperiksa dan didiagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak, bentuknya dan pergerakannya. Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka, kulit, kuku dan mata. Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah, tidak berfungsi atau sesak. Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.

Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula, akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik. Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .

Akupunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang. Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta. Dalam perubatan barat, Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi. Dalam perubatan timur, Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .

QI DAN FUNGSINYA

Lima fungsi utama Qi ialah ;

1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan
AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi di dalam badan. Ia dilakukan dengan memasukkan, menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur. Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .

Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ), darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian. Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman, tisu yang bergabung, meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga.

Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak di dalam paket pada otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorphin, enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku di tengah-tengah bahagian otak.

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri. Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni. Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung, pergerakan bioelektron. Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan.

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit. Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal. Pada tahap ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya.

KAJIAN SECARA SAINTIFIK

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR MODEN

Dalam akupuntur moden hari ini ada berbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur, antaranya ialah:

Akupuntur Klasik – menggunakan jarum halus
Akupuntur Elektrik – menggunakan stimulator elektrik voltage rendah
Akupuntur Elektronik – menggunakan alat-alat elektronik kecil
Akupuntur Bekam Darah – Acu Bekam mengeluarkan darah
Akupuntur Bekam – Acu Bekam sedut angin keluar dari badan
Akupuntur Moksibusi – menghangat pada titik tertentu
Akupuntur Kepala (Scalp Acupunture) – menusuk jarum ke kepala
Akupuntur Telinga (Auricular Acupunture) – menusuk jarum ke telinga
Akupuntur Mata (Iridology)
10. Akupuntur Urut – Acupressure, Shiatsu

11. Akupuntur Homeopati

PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT DAN DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR

WHO (Badan Kesihatan Dunia) telah menggariskan penyakit-penyakit yang baik untuk rawatan akupuntur, antaranya ialah:

Sistem Pernafasan

Resdung/Sinusitis
Selesema/Rhinitis
Selesema berair
Tonsilitis
Gangguan Pencernaan

Spasma pada esophagus
Tersedu/hiccough
Gastroptosis
Gastrik
Duodenal Ulcer, Colitis
Sembelit, cirit birit
Paralysis Usus
Gangguan Mata

Sakit Mata Awal/Conjunctivitis
Radangan Retina/Retinis Myopia
Gangguan Mulut

Sakit Gigi
Sakit Gusi
Sakit Halkum
Sistem Pernafasan

Batuk Bronkitis
Asma Bronkial
Neorological And Musculo-Skeletal Disorder

Rawatan Yang DiAnggap Baik Oleh Akupuntur

Sakit Kepala dan Migrain
Sakit Urat Saraf Muka atau Kepala
Lumpuh Sebelah Muka /Bell Palsy
Kesan dari Stroke/Lumpuh
Penyakit Meniere’s
Masalah Kencing
Frozen atau Tennis Elbow
Sakit Belikat
Sakit Bahagian Pinggang
Sakit Kerangka Punggung
Sakit Sendi Tulang

PENGIKTIRAFAN DARI DUNIA BARAT

2O tahun yang silam, ahli-ahli perubatan alopati tidak mahu menerima hakikat penyembuhan penyakit melalui jarum-jarum halus akupuntur. Mereka tetap mengatakan mustahil atau tidak masuk akal. Namun pada awal 1982 hampir 80% pelajar-pelajar yang mempelajari akupuntur dari Prof. Dr. Nik Omar adalah terdiri dari doktor-doktor alopati. Malah seorang pakar bedah jantung dari Afrika Selatan Dr. Bernard Show turut mempelajari akupuntur di Colombo.

Mengikut bancian akhir tahun 1998, hampir 1 daripada 10 orang Amerika Syarikat telah menggunakan perubatan akupuntur dan 1 daripada 5 orang Amerika Syarikat mengamalkan perubatan alternatif seperti akupuntur, homoepati, herbalisme, naturopathy, aromaterafi dan sebagainya.

Perkembangan positif perubatan akupuntur di Amerika Syarikat telah mendorong beberapa buah negara di dunia mengakui kebenaran dan keupayaan akupuntur.

PEMBUKTIAN PENYEMBUHAN

Kaedah rawatan akupuntur klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang-orang awam. Dengan mempunyai lebih dari 3,500 titik akupuntur di seluruh badan, amat sukar bagi seseorang itu memahami bagaimana titik akupuntur ini mampu memberi penyembuhan kepada pesakit.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik telah dilakukan dan mereka dapati bahawa aliran tenaga ’Qi’ (chi) dapat dikeluarkan setiap kali jarum akupuntur ditusuk ke titik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini dikeluar dan dikawal oleh endropin dan monomin pada bahagian otak.

Dengan cara inilah seseorang akupunturis dapat memberi rawatan yang berkesan dengan hanya meletakkan satu atau dua jarum pada bahagian-bahagian badan yang telah ditetapkan.

Contohnya:

Diabetes : 2 jarum hendaklah diletakkan di sekitar betis pada titik yang dinamakan Sanjinjio.

Tekana Darah Tinggi : Titik Bahui dan Taichong digunakan selama 7 hari berturut-turut. Hasilnya tekanan darah dapat diturunkan sebanyak 20-30 unit.

Sakit Buah Pinggang : Titik Fenshu dan Hegu digunakan selama 6 hari berturut-turut dan ianya dapat mengimbangi lebihan protein dan cretinie dalam buah pinggang.

KELEGAAN SERTA MERTA

Yang menakjubkan perubatan Akupuntur adalah ia dapat memberi kelegaan serta merta bagi orang-orang yang megalami kesakitan yang teruk seperti migrin, sakit bahu, sakit belikat dan sebagainya.