Apa itu IQ ?

IQ adalah akronim bagi Intelligent Quotient, ia merujuk kepada
markah yang diperolehi semasa mengadakan ujian standard
bagi beberap
orang atau kanak-kanak, dan markah tersebut akan dikira
mengikut pengiraan markah yang dijawab oleh seseorang atau kanak-kanak
tersebut , contohnya, kanak-kanak berumur 10 tahun
mendapat markah setaraf atau lebih tinggi dari kanak-kanak 13 tahun,
maka kanak-kanak tersebut mempunyai IQ pada kadar mengikut kiraan
seperti dibawah:

*Contoh mengira IQ:

sekiranya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun
memperolehi markah setaraf dengan kanak-kanak berumur 13 tahun, maka
pengiraannya 100 x 13 bahagi 10 = 130, maka IQ kanak-kanak yang berumur
10 tahun tersebut ialah 130.

Seseorang
yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai EQ yang tinggi
juga, kerana IQ hanyalah ukuran untuk menilai kepandaian seseorang
didalam bidang ilmiah seperti bidang mathematik dan sains, ia bukanlah
merujuk pada emosi dan lain-lain skil.

Ujian IQ ini dicipta oleh
seorang Ahli psikologi Peranchis, Alfred Binet pada tahun 1905.



Apa itu EQ ?

EQ adalah akronim bagi Emotional
Quotient atau juga di sebut emotional intelligent.
EQ ialah mengenai kapasiti seseorang mengawal emosi diri sendiri dan
juga berkebolehan mengawal emosi orang lain, seseorang yang mempunyai
tahap yang tinggi EQnya selalunya akan menjadi pemimpin didalam satu
kumpulan atau komuniti.

EQ memainkan peranan untuk menjadikan seseorang itu lebih berjaya didalam
kehidupan, perhubungan dan juga karier. Sekiranya seorang pelajar itu
mempunyai tahap EQ yang baik, ia mampu mengawal diri dari dari terjebak
kearah aktiviti tidak sihat, berkebolehan dan mempunyai skil sebagai
pemimpin.

Mengikut kajian juga tidak semestinya seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi ,
juga mempunyai EQ yang baik. Ini ialah kerana IQ ialah kebolehan
mengira, menghafal dan lebih kepada kepandaian akademik semata-semata
tapi EQ pula ia menjurus kearah kawalan emosi, skil, pergaulan, mampu
mengawal emosi sendiri dan orang lain dan kecenderungan untuk menjadi
ketua didalam satu-satu kumpulan.


Apa itu SQ ?

Terlalu sedikit jumlah manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQnya di mana hubungan sesama manusia amat baik. Kita dapat lihat di tempat kerja kita di mana ramai yang tidak ada masalah di dalam intelektual dan memahami perasaan orang lain.

Namun sejauh mana keikhlasan di dalam melakukan kerja? Bagaimana dengan sikap BANGGA DIRI, DENGKI dan sebagainya. Berapa ramai yang sering berkata bahawa syarikat tidak pernah menghargai apa yang telah dilakukan oleh dirinya? Berapa ramai yang berkerja semata-mata hanya kerana pangkat dan jawatan? Berapa banyak yang mempunyai hubungan dan sentiasa mesra dengan semua orang tetapi itu semua hanya untuk kepentingan yang terselindung.

Kita pada hari ini beribadat tidak lain dan tidak bukan adalah kerana material. Kita melakukan amal ibadat seperti bekerja, solat, puasa dan sebagainya hanyalah semata-mata agar Allah memurahkan rezeki kita.

Banyak kali kita diajar untuk murahkan rezeki, banyak zikir dan ayat-ayat Al-Quran itu dan ini. Lalu kita beramal dan beribadah tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mengharapkan Allah berikan rezeki yang banyak kepada kita.

Di dalam hidup kita, fikiran kita hanya duit semata-mata. Kecerdasan IQ dan EQ kita digunakan hanya untuk duit. Berkawan baik dengan orang juga kerana duit atau sekadar mudah jika memerlukan pertolongan.

Kecerdasan spiritual adalah ukuran sejauh mana kita sebenarnya meletakkan Allah itu berada di kedudukan paling tinggi dalam SELURUH hidup kita dunia dan akhirat.

SEHARUSNYA kita mengerjakan solat bukan untuk syurga dan pahala tetapi SEHARUSNYA adalah kerana Allah. Kerana cinta kepada Allah. Kerana Allah semata-mata. Kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan bukan kerana takut masuk ke neraka Allah, bukan kerana takut diseksa tetapi SEHARUSNYA hanya kerana kita sayang dan cinta kepada Allah.

Syurga dan neraka adalah hak Allah. Allah maha mengetahui apakah pembalasan yang seharusnya diberikan kepada kita. Yang utama, kita lakukan segala-galanya adalah kerana cinta kepada Allah. Inilah kecerdasan spiritual tahap tertinggi.

Redha dan Rahmat adalah milik Allah dan Allah adalah Maha Adil pemberianNya. Allah mengetahui siapa yang layak untuk medapat syurga atau masuk ke neraka.

Apabila jiwa dan hati hanya cinta pada Allah, kita akan menyerahkan segala-galanya 100% kepada Allah. Kita berusaha dan rajin melakukan kerja adalah kerana Allah.

Bacalah doa Robiatul Adawiyah di bawah di mana tahap spiritual beliau mencapai kecerdasan agung.


p/s:Kesimpulan

Mantapkan kecerdasan spiritual kerana spiritual yang cerdas pasti akan menghasilkan emosi yang cerdas. Spiritual yang cerdas bukan hanya mementingkan material. Bukan mengerjakan solat hanya kerana material. Berzikir kerana material. Solat malam kerana material. Membaca Al-Quran hanya surah-surah tertentu yang diyakini dengan membaca surah tersebut mampu mendapat rezeki yang banyak.