Tahukah anda mendengarkan pembacaan Al-Quran sebanyak satu saat setiap pagi , petang, malam, ketika hendak tidur, ketika bangun dan sebelum tidur , boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit rohani dan jasmani?

Apa yang anda perlukan untuk mendengarkan Al-Quran adalah dengan memiliki media seperti Laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau lain-lain peralatan.

Bunyi bacaan Al-Quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu.

Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya.

Ini menyebabkan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser.

Kanser adalah suatu kelainan pada pembinaan semula sel, sehingga memperdengarkan Al-Quran adalah bererti memprogram semula komputer yang penuh dengan virus yang “diformat berulang kali ” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja dengan efektif.

Inilah program buatan yang mampu manusia lakukan untuk komputer.

Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, Pencipta Semua manusia?

Kesan yang menakjubkan dapat dihasilkan dari mendengarkan bacaan Al-Quran.

Terus-menerus mendengarkan bacaan Al-Quran memberi anda faedah yang nyata seperti berikut:

1– meningkatkan sistem pertahanan tubuh

2– meningkatkan daya kreativiti.

3– meningkatkan kemampuan konsentrasi atau penumpuan dalam sesuatu bidang.

4– menyembuhkan penyakit kronik dan tidak mampu disembuhkan.

5– mengubah perilaku atau akhlak dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan dari semua pihak.

6– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf.

7– menyembuhkan kegelisahan dan merawat rasa irihati

8– meningkatkan kemampuan dan dapat membuat keputusan dengan tepat.

9– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu.

10– meningkatkan dan memperkuat kepribadian seseorang.

11– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll

12– meningkatkan kemampuan berpidato.

13– melindungi diri dari penyakit seperti kanser dan sebagainya

14– Mengubah beberapa tabiat buruk seperti makan yang berlebihan dan merokok.

Hal-hal yang di atas adalah hasil kajian terapi oleh suara dan frekuensi suara , tetapi diubah dengan kaedah mendengar ayat-ayat quran , yang dilakukan ke atas segelintir orang yang menghidapi pelbagai penyakit dan juga termasuk seorang perokok tegar , yang tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tetapi setelah terus-menerus mendengarkan Al-Quran , akhirnya dia berhenti merokok tanpa usaha.

Kesan nya benar-benar menakjubkan. Ini adalah hasil daripada mendengarkan bacaan Al-Quran terus menerus .

Sebagai kesimpulannya, usaha-usaha yang kadang-kadang memerlukan waktu yang lama dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi , dengan berkat Al-Quran , segalanya dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja!

Alhamdulillah.

Bukankah Al-Quran itu Kalamullah?

Baca selanjutnya...


Berikut merupakan beberapa tips yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW berkenaan golongan yang akan selamat di akhirat sana.
“ Di mana diriku dalam golongan itu?”




7 Golongan yang bakal mendapat naungan rahmat Allah Pada hari akhirat kelak..   

[Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Majah]



1Pemerintah yang ADIL..
~Kita adalah pemimpin diri kita. Sebagai ketua, jangan sesekali kita berlaku zalim ketika memimpin keluarga, ketika memimpin masyarakat lebih-lebih lagi ketika memimpin Negara.

2.  Pemuda yang hidupnya dengan IBADAH..
~Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain. Ingat ! Kerjapun ibadah juga. Studypun ibadah juga.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.

3.  Orang yang hatinya terikat dengan MASJID..
~hehee.. marilah rajin-rajinkan diri datang solat berjemaah di masjid !
~Satu kali setiap haripun OK, daripada tidak datang langsung, Huu.. rugi besar..

4.  Dua orang yang BERKASIH-SAYANG kerana Allah..
~mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah..
~Maka ramaikanlah kawan yang baik-baik..

5.  Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: AKU TAKUT PADA ALLAH!!

6.  Orang yang BERSEDEKAH secara sembunyi..
~Tidak riak (menunjuk-nunjuk), tidak takbur dan tidak bangga diri
apabila melakukan kebaikan.

7.  Orang yang mengingati Allah
 lalu menitis air matanya..
~Menangis kerana sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
menyesali segala dosanya yang telah lalu.. 


Hayati.. Fikir-fikirkan.. Dan bertindaklah.. duhai diriku..

Baca selanjutnya...

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi.

Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.


1. Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian


Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:

“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?

Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.”(Riwayat Tarmizi )

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’”
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut.

Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak.

Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?”

Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah) 


Credit to: http://www.facebook.com/JomIslam

Baca selanjutnya...



01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah
IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH
juga.


03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan
taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat
ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari
tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan
besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan
daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir
majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan
hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya
makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
kepada anjing sahaja.


13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis
belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.


14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.


15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang
yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.


16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai
kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.


17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga.


18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang
yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.


19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~
yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.


21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang
busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.


23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan
selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat
menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah
kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yang subur lalu disirami air hujan.


25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah
yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke
keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang
membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Baca selanjutnya...



3 Soalan 1 Penampar... Jawapan dengan Tamparan...
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? 


Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. 


Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. 


Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. 


Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:- 


1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya 
2.Apakah yang dinamakan takdir 
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu? 


 Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras. 


Pemuda :
Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit) 


Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya. 


Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti. 


Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? 


Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak. Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit. Imam : Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

Baca selanjutnya...




Kadang-kadang kita tak perlu beli antivirus yang mahal-mahal pun kalau nak buang virus. Anda boleh buang virus dengan menggunakan command prompt (cmd). Microsoft command prompt (cmd) "attrib" sangat berkesan untuk mengesan dan membuang virus dalam pc anda. Anda akan mengetahui sekiranya ada "Malware" dalam pc anda dengan hanya melihat "attributes" pada setiap fail yang mengandungi "attributes" +s +h +r 



1.First step, saya akan ajar cara nak ke command promp (cmd) taip "cmd" pada kotak "search" > tekan ENTER...maka keluar lah tetingkap command prompt


2. Taip cd\ pada command prompt tersebut, kemudian taip perkataan attrib dan tekan kekunci Enter.Selepas taip attrib kenal pasti fail yang dijangkiti virus.


+s - bermaksud sistem fail (anda tidak boleh "delete" fail ini, kecuali guna cmd)
+h - bermaksud "hidden" (tak boleh "delete"t)
+r - bermaksud "read-only" fail ( bermaksud tidak boleh delete kecuali guna cmd)


3.Sekarang, kita  set semua attribute jadi -s  -h  -r  supaya boleh buang virus tersebut. Bagaimana caranyaa??
cth malware: autorun.inf (sekiranya virus ini tersenarai setelah anda taip attrib pada command prompt tadi.....


4.Taip attrib -s -h -r autorun.inf ( pastikan taip semua sekali -s -h -r sebab kita tak boleh ubah setting kalau tak masukkan semua attributes)

5.Taip attrib sekali lagi dan cek samaada ada perubahan atau tidak .Jika autorun.inf fail dah tiada attributes, anda dah boleh buang dengan taip del autorun.inf


p/s: Cara yang sama anda lakukan pada malware yang lain. Hanya tukar nama saja.
ok tu jer...good luck


Baca selanjutnya...

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera
Merujuk pada tajuk saya nk perkenalkan cara untuk membuang virus shortcut pada pendrive
anda.
Cara ini merupakan cara manual namun ada cara yg lebih mudah iaitu dengan menggunakan
"remover tool".

Berikut caranya :


1. Sila 'show hidden file' terlebih dahulu di PC/laptop anda.

























2. Plug in pendrive atau external HDD atau apa saja peranti yang terkena jangkitan tersebut ke
PC/laptop anda.
3. Imbas peranti tersebut dengan antivirus yang aktif kemudian padamkan virus tersebut.
4. Buka 'My computer' kemudian klik kanan pada peranti yang hendak di bersihkan. Contoh di
laptop saya ialah E:\. Jadi klik kanan pada E:\ kemudian pilih 'Explorer'.
5. Buka 'command prompt' (CMD)















6. Taip seperti ini di 'command prompt' anda : CD\
7. Tukarkan direktori dengan arahan seperti ini : E:
(ingat E: ialah direktori pada pendrive saya, anda pilihlah direktori peranti anda)


8. Padam semua shortcut dengan arahan ini : DEL *.lnk
9. Kemudian tukar 'attributes' untuk semua file dan folder dengan arahan ini :
ATTRIB -A -S -R -H /S /D
10. Selesai. Selamat mencuba. Sila pastikan anda betul-betul pilih direktori yang betul dan
jangan pilih pada direktori C: atau pada sistem komputer anda.


p/s : sila ikut turutan dengan betul. tiada jaminan dari saya sekiranya anda salah direktori

Baca selanjutnya...


Posting ini mengajar anda cara terbaik untuk lock komputer anda dengan menggunakan thumbdrive.Ikuti langkah dibawah dengan cermat.
1.Klik kanan mouse pada my computer

2.Pilih manage...
..sebuah tetingkap computer management muncul..

3.Klik pada disk management

4.Klik kanan pada pemacu pendrive anda di sebelah kanan tetingkap

5.Pilih change drive letter and paths...

6.Klik tab change...

7.Ubah kepada drive letter A: dan klik ok
...tutup semua tetingkap...

8.Klik menu start dan pilih kotak run

9.Taip arah syskey pada kotak run klik ok
...sebuah tetingkap securing the win

10.Klik tab Updates
...sebuah tetingkap startup key muncul...

11.Tanda pada ruangan system generated password

12.Klik ok
..Restart komputer...
..Lihat hasil kerja anda..

Nota:
Jika sistem meminta password... sila pasang pendrive untuk mengakses komputer anda

Baca selanjutnya...

Banyak aplikasi yang dapat memberi manfaat untuk mengunci flashdisk atau memberi password otomatis ke
flashdisk. Tetapi beda yang ini. Cara ini akan otomatis meminta password ketika flashdisk dimasukan ke PC
dan jika password salah, maka komputer akan shutdown secara otomatis.



Caranya :
1. Buka Notepad
( Caranya : Start>>All Programs>>Accessories>>Notepad atau masuk di RUN lalu ketik notepad dan Enter)
lalu copy paste script kode dibawah ini ke notepad
on error goto 0
dim s,quest,sd,m,winpath,fs
set sd=createobject(“Wscript.shell”)
set fs=createobject(“Scripting.FileSystemObject”)
set winpath=fs.getspecialfolder(0)
set s=wscript.createobject(“wscript.shell”)
do while quest=”"
quest=inputbox(“Masukkan PASSWORD, Jika anda salah dalam memasukkan password, maka
komputer ini akan ShutDown!!!“,”http://firmancupes.wordpress.com“)
if quest=”" then
m=MsgBox(“Maaf anda belum memasukkan password…!“, 0+0+48,
“http://firmancupes.wordpress.com“)
end if
loop
if quest=”TULIS PASSWORD DISINI” then
s.run “shutdown -a”
sd.run winpath & “\explorer.exe /e,/select, ” & Wscript.ScriptFullname
else
s.run “shutdown -s -t 0″
end if

Baca selanjutnya...

Info ini saya dapat dari laman blog http://sangmentari.wordpress.com/.Sama samalah kita ambil manafaat dari ilmu ini

Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung. 


Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh. 


Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit. 


Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang). 


Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara. 


Alzheimer – Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia. 


Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit


Risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.





sumber:http://sangmentari.wordpress.com/

Baca selanjutnya...



"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhlukmakhluk
yang bergerak di bumi melainkan Allah
jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua
itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata
(kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah
Hud:6




















Keterangan ayat:

Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang
sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah
merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan
makanan daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau
mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan
tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada
Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua
orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati
makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka
meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang
memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W
menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut
akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad
S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan
buat makhluk-Nya.
(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan
harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu
juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak
berguna. Wallahualam.
Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan
Mohamed



sumber: www.iluvislam.com






Baca selanjutnya...


Dalam kehidupan seharian tidak kira lah siapa kita, kerap kali kita berkomunikasi sesama manusia. jadi renungilah kata kata dibawah ini agar memberi manfaat dan kesedaran kepada kita sekalian....










  • Percakapan Yg Tidak Disertakan Dgn Mengingati Allah Adalah Sia-Sia,

  •  Diam Yg Tidak Disertai Dengan Memikirkan Kebesaran Allah Adalah Leka,

  •  Pandangan Yg Tidak Disertai Dengan Pengambilan Ikhtibar Adalah Lalai, 

  •  Gerak Yg Tidak Disertai Dengan Penghambaan Adalah Kosong.

Baca selanjutnya...