Berikut merupakan beberapa tips yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW berkenaan golongan yang akan selamat di akhirat sana.
“ Di mana diriku dalam golongan itu?”




7 Golongan yang bakal mendapat naungan rahmat Allah Pada hari akhirat kelak..   

[Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Majah]



1Pemerintah yang ADIL..
~Kita adalah pemimpin diri kita. Sebagai ketua, jangan sesekali kita berlaku zalim ketika memimpin keluarga, ketika memimpin masyarakat lebih-lebih lagi ketika memimpin Negara.

2.  Pemuda yang hidupnya dengan IBADAH..
~Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain. Ingat ! Kerjapun ibadah juga. Studypun ibadah juga.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.

3.  Orang yang hatinya terikat dengan MASJID..
~hehee.. marilah rajin-rajinkan diri datang solat berjemaah di masjid !
~Satu kali setiap haripun OK, daripada tidak datang langsung, Huu.. rugi besar..

4.  Dua orang yang BERKASIH-SAYANG kerana Allah..
~mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah..
~Maka ramaikanlah kawan yang baik-baik..

5.  Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: AKU TAKUT PADA ALLAH!!

6.  Orang yang BERSEDEKAH secara sembunyi..
~Tidak riak (menunjuk-nunjuk), tidak takbur dan tidak bangga diri
apabila melakukan kebaikan.

7.  Orang yang mengingati Allah
 lalu menitis air matanya..
~Menangis kerana sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
menyesali segala dosanya yang telah lalu.. 


Hayati.. Fikir-fikirkan.. Dan bertindaklah.. duhai diriku..