1.Boleh membuat hati tenang.."Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram"(Ar Ra'd:28)

2.Untuk mendapatkan pengampunan dan pahala yang besar."Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar" (Al Ahzab :35)

3.Dengan mengingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita. "Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberi rahmat dan pengampunan)". (Al Baqarah :152)

4.Zikir itu diperintahkan oleh Allah agar kita berzikir sebanyak-banyaknya."Hai orang-orang yang beriman,berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al Ahzab :41-42)

5.Banyak menyebut nama Allah akan menjadikan kita beruntung. "Dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." (Al Anfal :45)

6.Zikir membezakan antara orang mukmin dan munafik, kerana orang munafik tidak mahu berzikir kepada Allah kecuali hanya sedikit sahaja. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk solat,mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia.Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." ( An Nisaa':142)

7.Zikir merupakan amal ibadah yang paling mudah dilakukan.